Akad Belian dan Wakalah (Pewakilan)

(Di antara Peserta dan Pertubuhan Misi Khayra Ummah bagi pelaksanaan ibadah Qurban)

Saya (NAMA PESERTA) dengan ini bersetuju:


  1. Membeli haiwan Qurban dengan jenis, anggaran berat, kuantiti dan harga seperti yang telah dinyatakan di dalam laman ini.
  2. Mewakilkan kepada Pertubuhan Misi Khayra Ummah di Kem Pelarian Syria, Lubnan untuk menerima haiwan Qurban pada tarikh 10, 11, 12 atau selewat-lewatnya pada 13 Zulhijjah.
  3. Lokasi penerimaan haiwan Qurban akan berlaku di Kem Pelarian Syria, Lubnan.
  4. Seandainya tidak dapat dilakukan di lokasi yang dinyatakan di atas, Pertubuhan Misi Khayra Ummah berhak menukar lokasi penerimaan bagi pihak peserta dengan nilai yang sama.
  5. Mewakilkan Pertubuhan Misi Khayra Ummah di Kem Pelarian Syria, Lubnan untuk memproses haiwan Qurban seperti meniatkan ibadah Qurban bagi pihak peserta, menyembelih, melapah dan mengagihkan daging kepada fakir dan miskin.
  6. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada Pertubuhan Misi Khayra Ummah, maka segala kos, pengurusan, perjalanan dan risiko untuk penerimaan haiwan Qurban di luar negara/dalam negara adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri.